Posts

Showing posts from March, 2024

Makanan Kegamaran Saya

Nama saya Shaun Lee. Makanan kegemaran saya adalah tart nenas. Saya suka tart nenas kerana tart nenas manis dan enak. Setiap tahun baharu Cina, kami sekeluarga akan membeli tart nenas. Makanan ini membuat saya kenangi saudara-mara yang sudah berpulang. Menikmatinya mengingatkan saya bahawa sebagai saudara-mara, kita mesti hidup harmoni bagai aur dengan tebing. Kerana kita sangat sibuk, keluarga saya tiada masa untuk membuat tart nenas sendiri. Sebab datuk saya merupakan anak sulong antara adik-beradiknya, saudara-mara kami akan berkumpul ramai-ramai di rumah kami pada setiap tahun baharu Cina. Kerana itu, kami sentiasa perlu siapkan tart nenas untuk dihidangkan kepada mereka. Sebab itu, kami akan membeli tart nenas ini dalam jumlah yang banyak, sangat mahal. Pada setiap tahun baharu Cina, sebelum tahun baharu Cina bermula, kami sekeluarga akan ke Chinatown untuk mendapatkan tart nenas. Sekarang tahun baharu Cina sudah lepas, saya mesti tunggu tahun baharu cina depan untuk makan mak...